SG Bagus Main Menu

MAULUD

Madrasah Al-Arabiah pergiat usaha kumpul dana, dekati masyarakat

Madrasah Al-Arabiah pergiat usaha kumpul dana, dekati masyarakat
KENALI MADRASAH: Madrasah Al-Arabiah sentiasa mencari usaha untuk mendekati masyarakat mengenali programnya selain meningkatkan sumbangan masyarakat. - Foto MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH
SHAMSUL JANGARODIN

MADRASAH Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) bakal siap setahun lebih, sedang tahun persekolahan baru akan dibuka dalam masa kurang dua minggu mendatang.

Bangunan baru madrasah tersebut - dibina bersebelahan kampus sekarang di Lorong 6 Toa Payoh - dijadual siap pada 2019, dan dijangka mula beroperasi pada tahun persekolahan 2020.