SG Bagus Main Menu

MAULUD

LBKM lancar kempen dapatkan sumbangan dana daripada masyarakat

LBKM lancar kempen dapatkan sumbangan dana daripada masyarakat
JADI KEBANGGAAN: Selain membantu secara kewangan, para penerima biasiswa dan dermasiswa LBKM juga menjadi kebanggaan ibu bapa mereka yang hadir dalam majlis penyampaian biasiswa dan dermasiswa. - Foto LBKM
LBKM lancar kempen dapatkan sumbangan dana daripada masyarakat
TEGUH PERJUANG MISI: Sejak ditubuhkan pada 1965, LBKM teguh melaksanakan misi membantu pelajar Melayu/Islam mencapai potensi pendidikkan mereka. Gambar atas ialah konvensyen LBKM pada 22 Ogos 1965 di Victoria Memorial Hall yang dihadiri sekitar 200 perwakilan dan pemimpin dari 70 badan Melayu/Islam Singapura dan Malaysia. - Foto LBKM
LBKM lancar kempen dapatkan sumbangan dana daripada masyarakat
TEGUH PERJUANG MISI: Sejak ditubuhkan pada 1965, LBKM teguh melaksanakan misi membantu pelajar Melayu/Islam mencapai potensi pendidikkan mereka. Gambar atas ialah Allahyarham Tuan Syed Ali Redha (duduk tiga dari kiri) bersama pemimpin badan Melayu/ Islam di perjumpaan Hari Raya pada tahun 60-an. - Foto LBKM
NASUHA AZMI

LEMBAGA Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) dibangunkan pada tahun 1965 dengan misi mahu membantu para pelajar dari segi kewangan untuk mencapai potensi pendidikan mereka, gagasan daripada Allahyarham Syed Ali Redha Alsagoff.

Semasa konvensyen yang berlangsung pada 22 Ogos 1965, lebih kurang 200 perwakilan dan pemimpin daripada Melayu/Islam Singapura, Malaysia dan duta dari negara lain hadir di tapak bersejarah Victoria Memorial Hall apabila LBKM dilancarkan dan mula berakar.