SG Bagus Main Menu

ULANG TAHUN KE-100 MASJID KHALID

Jiran berlainan kaum, agama tidak kekok ziarah Masjid Khalid

Jiran berlainan kaum, agama tidak kekok ziarah Masjid Khalid
SALING MENGHORMATI: Jason Wong, cucu Cik Lim Hong Kheng (kiri) dan anak Cik Loo Leng Choo (tengah), terus menerpa dan mencium tangan Haji Alla'udin yang dipanggilnya 'kong kong' atau datuk, sebaik tiba di Masjid Khalid. - Foto-foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER
Saini Salleh

CIK Lim Hong Kheng dan keluarganya begitu mesra dengan Haji Alla'udin Mohamed apabila mereka memasuki laman belakang Masjid Khalid tanpa sedikit pun mereka berasa asing.

Cucu beliau, Jason Wong Jian An, tujuh tahun, menerpa dan mencium tangan Haji Alla'udin yang dipanggilnya kong kong atau datuk.