SG Bagus Main Menu

MAULUD

Haul istimewa di Masjid Al-Abdul Razak 25 Dis ini

Haul istimewa di Masjid Al-Abdul Razak 25 Dis ini
ANTARA TETAMU ISTIMEWA: Sheikh Afeefuddin Al Jailani ialah antara tetamu istimewa yang akan menyerikan majlis yang diberi nama Haul Sheikh Abdul Qadir Al Jailani pada 25 Disember ini. - Foto WAHID ALLAPITCHAY
JULIANA SHARMINE

MASJID Al-Abdul Razak akan mengadakan majlis memperingati pemergian dan sumbangan Al Habib Sheikh Abdul Qadir Al Jailani pada 25 Disember ini dari 9.30 pagi sehingga sekitar waktu zuhur.

Majlis yang diberi nama Haul Sheikh Abdul Qadir Al Jailani itu akan diserikan dengan kehadiran ulama seperti Habib Sheikh Afeefuddin Al Jailani; Habib Hassan Muhammad Al Attas dari Masjid Ba'alwie; dan Ustaz Iqbal Abdullah.