SG Bagus Main Menu

Raih pahala taja berbuka puasa bagi fakir miskin di bulan Ramadan

BAPA kerjasama dengan masjid tempatan bagi pengagihan juadah yang sudah siap dimasak untuk berbuka

Raih pahala taja berbuka puasa bagi fakir miskin di bulan Ramadan
MENGAGIHKAN MAKANAN: Inilah tahun kedua BAPA mengambil inisiatif menganjurkan ‘Tajaan Berbuka Puasa Bagi Fakir Miskin’. Projek ini bertujuan membantu golongan fakir miskin, warga tua, kanak-kanak dan mereka yang kurang kemampuan menikmati juadah yang sudah siap dimasak untuk berbuka. – Foto BAPA

KETIBAAN bulan Ramadan sering kali disambut meriah oleh umat Islam di seluruh dunia. Di bulan ini terpamer sifat kekeluargaan dan bergotong-royong dan juga lahir sifat keihsanan di antara umat Islam, termasuk masyarakat setempat.

Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan masyarakat Singapura berkumpul bersamasama keluarga ketika berbuka atau menghadiri undangan berbuka bersama sahabat handai dan rakan sekerja, seterusnya mengerjakan solat tarawih bersama.