SG Bagus Main Menu

KELUARAN KHAS PENDIDIKAN

Pengajian menyeluruh, bersepadu di Al-Zuhri

Pengajian menyeluruh, bersepadu di Al-Zuhri KELUARAN KHAS PENDIDIKAN
PENGAJIAN LENGKAP: Pelajar kelas fikah di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri. Pengajian Islam di Al-Zuhri bertujuan menambah ilmu dan pemahaman pelajar secara lengkap, selain diselitkan hal ehwal semasa. - Foto ZAINAL YAHYA
Pengajian menyeluruh, bersepadu di Al-Zuhri KELUARAN KHAS PENDIDIKAN
Pengarah Program Sepenuh Masa Al-Zuhri, Ustaz Fuad Md Aris.
Pengajian menyeluruh, bersepadu di Al-Zuhri KELUARAN KHAS PENDIDIKAN
CIK NADZIRAH SALIL: Berpeluang melanjutkan pelajaran bahasa Arab di Al-Zuhri setelah mengambilnya sebagai bahasa ketiga di sekolah menengah.

MEMARTABATKAN pendidikan Islam melalui pengajian menyeluruh dan bersepadu, di samping membekalkan pelajar dengan ilmu, kemahiran dan sikap positif bagi menghadapi cabaran hari muka. Demikian teras pendidikan Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, seperti yang dikongsi Pengarah Program Sepenuh Masa Al-Zuhri Ustaz Fuad Md Aris.

Menurutnya, pengajian Islam di Al-Zuhri bertujuan menambah ilmu dan pemahaman pelajar secara lengkap dalam fardu ain, selain memberi pendedahan kepada pelbagai aspek fardu kifayah dalam pengajian dan pemikiran Islam serta ehwal semasa.