SG Bagus Main Menu

MASJID KITA

Masjid Wak Tanjong komited tawar program dan khidmat lebih baik

Masjid Wak Tanjong komited tawar program dan khidmat lebih baik
PEMBIMBING ILMU: Beberapa kelas yang ditawarkan Masjid Wak Tanjong dipimpin oleh Pegawai Dakwah Masjid (MRO) Wak Tanjong, Ustaz Muhammad Mukhtar Habib Mohamed. - Foto fail
SHAMSUL JANGARODIN

TIDAK seperti masjid satelit yang sering dibanjiri jemaah dari estet perumahan berhampiran, Masjid Wak Tanjong tidak berupaya merasakan nikmat serupa.

Meskipun demikian, masjid bersejarah yang terletak di Paya Lebar Road itu tidak lekang daripada menawarkan program agama bagi menarik lebih ramai jemaah agar mendekatinya.