SG Bagus Main Menu

BERITA PENGIKLAN

Bulan Ramadan beri peluang masyarakat setempat menyumbang ke arah kebaikan

Sokongan berterusan daripada masyarakat mampu mengukuhkan pembangunan Madrasah Tahfiz sepenuh masa

Bulan Ramadan beri peluang masyarakat setempat menyumbang ke arah kebaikan
MELAHIRKAN HAFIZ BERILMU DAN BERAKHLAK: Kelas tahfiz Al-Quran sedang dijalankan di Madrasah Tahfiz sepenuh masa yang pertama di Singapura, Sekolah Ugama Radin Mas (SURM). Masyarakat Singapura diseru memberi sokongan supaya madrasah ini dapat melahirkan hafiz berilmu dan berakhlak untuk menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk di sini. - Foto BAPA

RAMADAN berlalu dengan pantas sekali. Banyak kegiatan Ramadan yang dapat dilakukan oleh mereka yang sedang bercuti sekolah termasuk pelajar Madrasah Tahfiz sepenuh masa yang pertama di Singapura, Sekolah Ugama Radin Mas (SURM).

Mereka tetap aktif walaupun pada waktu cuti sekolah ini dengan menjalankan pelbagai kegiatan ibadah dan mendekatkan diri dengan Al-Quran secara beramai-ramai seperti mengadakan qiamullail di masjid tempatan.