SG Bagus Main Menu

BAPA tawar pakej termurah untuk korban tahun ini

BAPA beri peluang kepada ramai melakukan korban melalui pakej termurah dan pilihan di hampir 50 negara di seluruh dunia

BAPA tawar pakej termurah untuk korban tahun ini
BANTU GOLONGAN AMAT MEMERLUKAN: Korban di Malawi diperlukan bagi ramai penduduk Islam di sana. Bagi korban seekor kambing, Malawi menjadi pilihan ramai dengan harga serendah $127. - Foto BAPA

TAHUN ini merupakan tahun kesembilan badan agama setempat, Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (BAPA), menganjurkan khidmat ibadah korban untuk masyarakat Singapura. Dengan pilihan meliputi hampir 50 negara di seluruh dunia, BAPA memberi peluang kepada warga setempat meraih ganjaran sambil membantu mereka yang amat memerlukan.

Seperti tahun sudah, BAPA memberi tumpuan yang lebih kepada tempat-tempat yang dilanda bencana seperti Syria, Rohingya dan Palestin. Ibadah korban ini akan disalurkan kepada para pelarian di negara-negara tersebut, sama ada yang bertempat di khemah pelarian mahupun di dalam negara itu.