SG Bagus Main Menu

PENDIDIKAN

Syarahan, qasidah sempena Maulud

Syarahan, qasidah sempena Maulud
TURUT SERTA: Ustaz TM Fouzy (kiri) dan Ustaz Izal Mustafa akan menyampaikan syarahan di majlis Maulud anjuran bersama Masjid Mujahidin dan Persatuan Pembangunan Insan dan Akhak. - Foto-foto fail
NENIE KAIRUMAN

MASJID Mujahidin dan Persatuan Pembangunan Insan dan Akhlak (MHDS) akan bersama-sama menganjurkan majlis maulid bagi menghayati perjuangan dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad saw.

Menurut Pengurus Jabatan Pembelajaran Islam, Masjid Mujahidin, Ustaz Iszam Karim, syarahan agama bakal disampaikan oleh Ustaz Izal Mustafa Kamar, Penolong Pengarah Pejabat Mufti, dengan tajuk "Rahmah Nabi Muhammad bagi sekelian alam" pada 19 Januari ini.