SG Bagus Main Menu

PENDIDIKAN

Nawwaf guna 'Program Akademi Detektif' bagi hurai masalah Matematik

Nawwaf guna 'Program Akademi Detektif' bagi hurai masalah Matematik
TUNJUK AJAR: Pengarah bersama pusat pendidikan Nawwaf, Encik Mohamad Ashraff Ismail (berdiri), sibuk menerangkan topik pembelajaran kepada para pelajar. - Foto NAWWAF
JULIANA SHARMINE RIDUAN

PUSAT pendidikan Nawwaf menawarkan pelbagai program pendidikan tambahan dan kelas-kelas tuisyen khusus bagi para pelajar yang menghadapi kesukaran dalam mata pelajaran Matematik dan Sains daripada peringkat darjah lima sehingga peringkat Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A'.

Ditubuhkan pada 2010, pusat pendidikan itu mengendalikan kelas tuisyen setiap minggu di pejabatnya di Bangunan PKMS di 218E Changi Road, dan di rumah kebajikan kanak-kanak.