SG Bagus Main Menu

Masjid Assyakirin anjur seminar, forum perdana hujung bulan ini

Masjid Assyakirin anjur seminar, forum perdana hujung bulan ini
DUA PENCERAMAH: Seminar akan dipimpin oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar (kanan), seorang ulama dalam bidang syariah dan kewangan Islam dari Malaysia, dan Ustaz Dr Suhaimi Mustar (kiri), Pengerusi Eksekutif Masjid Assyakirin serta Masjid Ar-Raudhah. - Foto-foto MASJID ASSYAKIRIN.
JULIANA SHARMINE

SATU seminar syariah bertajuk "Maqasid Dalam 24 jam Hidup Anda" akan diadakan di auditorium Masjid Assyakirin di Yung An Road pada 30 Disember ini dari 2 hingga 4.30 petang.

Seminar tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan memahami maqasid syariah demi kemaslahatan manusia.