SG Bagus Main Menu

PENDIDIKAN

Cemerlang di Cordova, berjaya di NUS

Cemerlang di Cordova, berjaya di NUS
PELAJAR TERBAIK DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM CORDOVA: Cik Zuhairah Nurul Asyura Zulkiflee, 24 tahun, percaya doa, usaha dan keyakinan adalah kunci kejayaan kepada keseimbangan antara pengajian Fardhu 'Ain dengan pengajian Fardhu Kifayah. - Foto JULIANA SHARMINE RIDUAN
JULIANA SHARMINE RIDUAN

SEBAGAI pelajar Diploma Pengajian Islam (DPI) separuh masa di Cordova, Cik Zuhairah Nurul Asyura Zulkiflee, 24 tahun, perlu bijak membahagikan masa antara projek akhir tahun di Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan peperiksaan di Cordova.

Anak sulung tiga beradik itu telah mengikuti pengajian Islam di Cordova sejak di peringkat sekolah rendah.