Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Masjid Khalid lancar wakaf masjid

Dua hartanah dibeli pada $1.09j akan dipertingkat dan disewakan bagi jana pendapatan

Masjid Khalid lancar wakaf masjid
HARTANAH WAKAF: Beginilah rupa gambaran artis mengenai rumah teres tiga tingkat di 139 Onan Road setelah dipertingkatkan. Rumah teres itu terletak bersebelahan dengan Masjid Khalid.WAREES INVESTMENTS PTE LTD
Norhaiza Hashim

MASJID Khalid mencipta sejarah semalam apabila ia menjadi masjid pertama melancarkan wakaf masjid yang dapat dibangunkan menerusi sumbangan bersama masyarakat Islam.

Wakaf Masjid Khalid itu dilancarkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, sebelum solat Jumaat di masjid yang terletak di Joo Chiat Road itu.