Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Hady Pencetus Motivasi

Asian Idol kini bentuk kelab bersama Ustaz Fahrur Razi bagi bimbing belia

Hady Pencetus Motivasi
GURUKU, SAHABATKU: Hady Mirza (kanan) menganggap Ustaz Fahrur Razi Kiyai Kasim sebagai penjana semangat yang membuka pintu baginya mendekati lebih ramai belia dan bertindak selaku mentor mereka.
HARYANI ISMAIL

SENYUMAN yang ceria terukir di bibirnya tatkala menjulang gelaran Asian Idol di pentas Mega Glodok Kemayoran di Jakarta, lewat Disember 2007 lalu, masih jelas terpancar.

Wajahnya menampakkan ketenangan. Setiap tutur katanya tersusun rapi lagi menampakkan semangat baru sejajar dengan misi terkini yang diusahakan demi belia harapan bangsa.