Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Kehilangan cetus pencarian

Sasterawan mapan Suratman Markasan lancar empat jilid koleksi karya sejak 1954

Kehilangan cetus pencarian
AKHIRNYA TERKUMPUL: Haji Suratman Markasan mengakui jumlah karya tidak sebanyak seperti sebelumnya kerana beliau amat berhati-hati waktu menulis dan mengambil masa lebih lama kerana menilainya terlebih dahulu. – Foto TAUFIK A. KADER
Nurul 'Ain Razali

PEMERGIAN isteri, Allahyarhamha Saerah Taris, dalam kemalangan ngeri pada 1987 hampir menghancurkan kehidupan penulis Singapura, Haji Suratman Markasan.

Namun peristiwa sedih itulah yang menjadi titik tolak sasterawan yang kini berumur 82 tahun itu mempelajari erti kehidupan, kematian dan tunjuk ajar Melayu yang bersendikan Islam.