Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Bila walet bersarang rendah

Bangunan-bangunan kosong dijadikan tempat burung bersarang sebagai satu perniagaan di pulau kecil di Selat Melaka ini

Bila walet bersarang rendah
KHAS UNTUK SIBURUNG: Bangunan-bangunan konkrit ini yang terletak di Jalan Pattimura di Bengkalis, tidak dihuni manusia di tingkat atas, tetapi oleh burung-burung walet. – Foto ZAINAL JAMARI
ZAINAL JAMARI

SEDANG anak-anak muda mengerumuni pantai apabila mentari kian menghilangkan dirinya di balik samudera, kebingitan di kota Bengkalis masih belum reda.

Yang dimaksudkan bingit itu bukanlah hiruk-pikuk kenderaan yang membawa warga kerja Bengkalis pulang – berapa ketul sahaja pun kenderaan yang terdapat di situ.