Majalah dwibahasa terbitan Berita Harian, Singapore Press Holdings (SPH), dengan tajaan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew
SPH

Pesta Koalamania di Taman Haiwan Singapura

Pesta Koalamania di Taman Haiwan Singapura

Sertai kegiatan menarik dan rebut peluang memenangi hadiah cuti bersama keluarga di Queensland. Segalanya berlaku di Taman Haiwan Singapura pada cuti sekolah Jun ini.

Mulai 30 Mei hingga 28 Jun 2015, kanak-kanak boleh mempamerkan kesukaan mereka terhadap haiwan koala dengan memakai topeng koala, dan menghasilkan seni origami, salut pensil dan lukisan seni aborigine Australia. Petik gambar di ruang koala di taman haiwan dan muat naikkannya di laman web Koalamania bagi peluang memenangi hadiah cuti bersama keluarga di Queensland, Australia tajaan Qantas Airways.
Acara tahunan Zoolympix juga kembali Jun ini dengan acara permainan Junior Explorers untuk kanak-kanak berusia antara lima dengan 12 tahun. Dalam acara ini, penjelajah cilik boleh membantu menyelamatkan haiwan mereka yang berada diambang kepupusan.