Majalah dwibahasa terbitan Berita Harian, Singapore Press Holdings (SPH), dengan tajaan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew
SPH

Majalah dwibahasa BH khas buat si cilik

Berita Harian telah dipilih menerima tajaan daripada Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) bagi melaksana program menggalak kedwibahasaan dalam kalangan anggota masyarakat, khususnya murid prasekolah dan ibu bapa mereka. Berikut antara kegiatan yang akan dilaksana akhbar ini dalam tempoh 14 bulan mendatang untuk menyokong kedwibahasaan. Laporan oleh ADLI YASHIR KUCHIT (adli@sph.com.sg).

Majalah dwibahasa BH khas buat si cilik
WATAK-WATAK DI SEBALIK MAJALAH 'CILIK CERDIK' - GALAK KEDWIBAHASAAN: Encik Mohd Zulkifli Rahmat (kiri) mengetuai perbincangan untuk melakar program yang menggalak penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris. - Foto TUKIMAN WARJI
ADLI YASHIR KUCHIT

Majalah bulanan, sesi bercerita, bengkel dan peraduan dwibahasa akan dilaksana dengan tajaan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew

BUAT julung kali, Berita Harian (BH) bakal menerbitkan sebuah majalah dwibahasa bulanan yang akan diedarkan secara percuma kepada hampir 5,000 murid prasekolah di Singapura.