Majalah dwibahasa terbitan Berita Harian, Singapore Press Holdings (SPH), dengan tajaan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew
SPH

Lancar bersama 'Cilik Cerdik'

Berita Harian terbit majalah dwibahasa dan anjur acara sampingan untuk galak si cilik fasih berbahasa Melayu dan Inggeris

Lancar bersama 'Cilik Cerdik'
CUIT HATI MURID-MURID: Pengacara majlis Encik Farid Hamzah menjalankan pelbagai kegiatan untuk menggalak peserta menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris - Foto-foto TAUFIK A KADER
DEKATI MURID-MURID: Wartawan BH Cik Nur Fadhilah Salleh (paling kiri) dan Cik Ervina Jamil (paling kanan) bersama murid-murid prasekolah di majlis pelancaran majalah Cilik Cerdik.
TERBITAN BARU: Dr Intan Azura Mokhtar menerima penerangan tentang majalah Cilik Cerdik daripada (dari kanan) Encik Mohd Zulkifli Rahmat (Editor Malam BH), Encik Adli Yashir Kuchit (Penolong kepada Editor BH), Encik Abdul Rahman Basrun (Ketua Penyunting BH) sambil diperhatikan oleh Encik Mohd Khairunan Ali (Ketua Kawasan Jabatan Pengurusan Prasekolah, Yayasan Masyarakat PAP).
PELBAGAI KEGIATAN MENARIK: Dr Intan Azura Mokhtar yang hadir sebagai tetamu terhormat di majlis pelancaran majalah Cilik Cerdik menyampaikan hadiah kepada seorang peserta cilik di majlis tersebut.
PENYERTAAN KANAK-KANAK: Penulis tempatan Cik Jumaini Ariff menarik penyertaan kanak-kanak dalam sesi bercerita.
Berita Harian

PUSAT prasekolah Learning Adventure di Tampines dipenuhi gelak tawa kanak-kanak dan ibu bapa mereka yang menyertai majlis pelancaran majalah kanak-kanak Cilik Cerdik Sabtu lalu.

Selain menjadi kumpulan pertama yang berpeluang mendapatkan majalah Cilik Cerdik terbitan Berita Harian itu, ia juga peluang bagi ibu bapa meluangkan waktu berinteraksi dengan anak-anak mereka.