Majalah dwibahasa terbitan Berita Harian, Singapore Press Holdings (SPH), dengan tajaan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew
SPH

'Cilik Cerdik' diperluas kepada media digital

'Cilik Cerdik' diperluas kepada media digital
GALAK DWIBAHASA: Dr Intan Azura (kiri) bermesra bersama kanak-kanak di majlis pelancaran majalah Cilik Cerdik dengan disaksikan dua wakil Sekretariat Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew, Cik Kwek Poh Heok (baju hitam) dan Encik Wan Imran Mohd Woojdy (di sebelahnya); dan wartawan BH, Encik Farid Hamzah. - Foto
IRMA KAMARUDIN

MAJALAH kanak-kanak Cilik Cerdik, yang dilancarkan semalam, akan terus diperkembang untuk diterbitkan dalam bentuk media digital pada suku pertama tahun depan.

Majalah dwibahasa terbitan Berita Harian itu, yang juga dipanggil Smart Kids dalam bahasa Inggeris, akan dihasilkan sebagai aplikasi bagi telefon bimbit iPhone dan iPad.