Majalah dwibahasa terbitan Berita Harian, Singapore Press Holdings (SPH), dengan tajaan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew
SPH

Bantuan kewangan bagi ujian, rawatan disleksia

Persatuan sedia tampung kos penilaian dan tawar dermasiswa kepada pelajar yang kurang mampu

Bantuan kewangan bagi ujian, rawatan disleksia

MASALAH kewangan tidak harus menghambat ibu bapa daripada menghantar anak mereka menjalani ujian penilaian disleksia atau rawatan intervensi oleh pakar di Persatuan Disleksia Singapura (DAS). Ini kerana persatuan itu, yang membantu golongan yang disleksia mencapai potensi tertinggi mereka, bersedia menampung kos penilaian dan menawarkan bantuan kewangan serta dermasiswa kepada pelajar kurang mampu.

Demikian menurut Pengarah Perkhidmatan Pendidikan Khas DAS, Encik Nor Ashraf Samsudin (gambar). “Walaupun tahap kesedaran orang Melayu tentang disleksia telah meningkat, masih ramai, terutama yang kurang mampu, tidak sedar bahawa kami menawarkan dermasiswa atau bantuan kewangan.