Majalah dwibahasa terbitan Berita Harian, Singapore Press Holdings (SPH), dengan tajaan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew
SPH

WAWANCARA BERSAMA DUTA BAHASA, ASNIDA DAUD

Bahasa: Guru, ibu bapa berperanan

Minat terhadap bahasa dan budaya harus diberi galakan dan dipupuk sejak kecil

Bahasa: Guru, ibu bapa berperanan
TERAP NILAI MELAYU: Cik Asnida (bertudung hijau) menekankan peri pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anaknya (dari kiri) Syurga, Fitrah (berbaju biru), Mulya dan Qurnia. Mereka ditemani ibu Cik Asnida, Cik Kartini Haji Abdul Karim (dua dari kiri) dan suami, Encik Jeffrey Zahari (kanan). - Foto TAUFIK A. KADER
NURUL AIN RAZALI

SUATU hari, sewaktu Cik Asnida Daud berusia sembilan tahun, guru bahasa Melayunya mengadakan sesi latihan perkataan pelbagai makna. Antara perkataan yang diketengahkan ialah "kerusi". Rakan sekelas mengangkat tangan lalu menyetujui pendapat guru tersebut bahawa kerusi mempunyai pelbagai makna. Contohnya, perabot kerusi dan ayat "kerusi" (Ayat Kursi).

Namun, hati Cik Asnida tidak tenteram. Perkara yang salah tetap salah, gumamnya.