Majalah dwibahasa terbitan Berita Harian, Singapore Press Holdings (SPH), dengan tajaan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew
SPH

Cilik Cerdik 'singgah' di Marsiling

Wartawan Berita Harian adakan acara pendekatan di tadika Yayasan Masyarakat PAP (PCF) di Blok 32, Marsiling Drive.

Cilik Cerdik 'singgah' di Marsiling

WARTAWAN Berita Harian, Cik Nur Fadhilah Salleh (kiri), dan pelatih teater sambilan, Encik Mustafa Rafiuddin Sulaiman (kanan), menghiburkan kanak-kanak semasa sesi bercerita di acara Cilik Cerdik baru-baru ini.
Di hadapan sekitar 32 murid prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) di Marsiling Drive, kededua juruacara itu turut membimbing kanak-kanak menerusi pelbagai kegiatan tarian, nyanyian dan lakonan.

Selama lebih sejam, murid yang berhimpun di cawangan PCF di Blok 32, Marsiling Drive, dibimbing dan diajak mengguna bahasa Melayu dan Inggeris. Murid-murid juga tidak kering gusi melihat telatah juruacara tersebut.